You are here:

RAIKAN BERSAMA FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2024

RAIKAN BERSAMA FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2024

Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau dikenali Floria Diraja Putrajaya kini kembali buat kali ketiga belas (13) pada tahun ini di mana acara ini telah bermula sejak tahun 2007 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan. Floria Diraja Putrajaya dikenali sebagai acara landskap dan hortikultur  terbesar di Malaysia, merupakan platform yang sempurna untuk  mempersembahkan inovasi dan kreativiti dalam seni landskap.

RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd. (RSSB) antara syarikat yang menyertai Floria Diraja Putrajaya 2024 sebagai salah satu peserta dalam Corporate Garden Showcase dengan tema The Barn.

Sebagai sebuah syarikat yang berdedikasi dalam membangun dan memelihara keindahan alam semula jadi melalui landskap yang mampan, penyertaan RSSB dalam festival ini melambangkan komitmen terhadap kelestarian alam semula sekitar dan kecemerlangan dalam reka bentuk landskap. RSSB akan mempamerkan sebuah taman yang direka khas, menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari yang mencerminkan budaya serta keunikan flora tempatan.

Taman ini bukan sahaja menonjolkan keindahan visual tetapi juga mengilhamkan nilai-nilai hijau yang penting dalam era moden ini. Pengunjung akan dapat melihat bagaimana RSSB mengintegrasikan teknologi terkini dan seni landskap tradisional  untuk menghasilkan ruang yang bukan sahaja indah tetapi juga mesra alam dan berfungsi.

RSSB menjemput semua untuk hadir ke Floria Diraja Putrajaya 2024 bermula 22 Ogos 2024 hingga 01 September 2024 di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam (Isnin-Khamis) dan 9.00 pagi hingga 12.00 malam (Jumaat- Ahad) bagi menyaksikan sendiri keajaiban landskap yang bawa. Penyertaan ini bukan sahaja peluang bagi RSSB untuk mempamerkan kepakaran landskap tetapi juga untuk berinteraksi dengan para pengunjung, berkongsi idea dan memperkukuhkan hubungan dengan komuniti dan industri.

Dengan semangat untuk terus menerajui industri landskap, RSSB berharap agar penyertaan dalam Floria Diraja Putrajaya 2024 ini dapat menginspirasikan orang ramai untuk menghargai dan memelihara keindahan alam semula jadi di sekeliling kita.