- Ladang RISDA Kg Awah, Pahang
- Ladang RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Perak
- Ladang RISDA Kg. Sekijang, Johor
- Perkhidmatan yang ditawarkan adalah :-
Perkhidmatan yang ditawarkan adalah :-
- Pembangunan dan pengurusan ladang (replanting).
- Khidmat nasihat
PENSIJILAN MALAYSIAN SUSTAINABLE PALM OIL (MSPO) (MS2530– 3:2013)
RISDA Semaian & Landskap Sdn Bhd dengan sukacita memaklumkan Ladang Skim di bawah pengurusan kami telah memperolehi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia / Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) mengikut piawaian MSPO MS2530– 3:2013 pada 23 Januari 2020 bagi tempoh lima (5) tahun ( 23 Januari 2020 – 22 Januari 2025)
MSPO telah dibangunkan mengikut kehendak industri sawit Malaysia untuk keperluan skim pensijilan mampan bagi menembusi pasaran antarabangsa.
Terdapat tujuh (7) prinsip yang terkandung di dalam MSPO iaitu :-
- Komitmen dan Tanggungjawab Pengurusan,
- Ketelusan,
- Pematuhan Perundangan,
- Tanggungjawab Sosial, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan,
- Alam Sekitar, Sumber Semulajadi, Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem,
- Amalan Baik Perladangan dan
- Pembangunan Kawasan Baru.

