PENGENALAN
RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd. atau ringkasnya RSSB ditubuhkan pada 31 Julai 1979 dan dimiliki sepenuhnya oleh RISDA Holdings Sdn. Bhd., bersama RISDA yang mana merupakan salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). RSSB berstatus bumiputra mula ditubuhkan untuk menyedia dan membekalkan anak-anak benih getah dan sawit kepada pekebun kecil yang menyertai rancangan tanam semula RISDA.
RSSB telah memperluaskan aktiviti semaian yang sedia ada kepada pelbagai tanaman lain yang mempunyai nilai komersial serta menyediakan pokok- pokok landskap dan herba. Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan perniagaan, RSSB telah menceburi bidang- bidang kerja pengurusan ladang, perlandskapan, pembangunan dan penyelenggaraan kerja- kerja sivil, kerja- kerja pembersihan dan penyelenggaraan bangunan.
RSSB juga giat dalam mengeluarkan biji cambah sawit jenama RISDA Seed sumber Dura x Psifera (DXP) yang berpusat di Ladang Getah RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Perak.
Bagi mengekalkan kemampanan syarikat pada masa akan datang, cadangan aktiviti perniagaan baru dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat yang mana fokus kepada pengangkutan, sewaan dewan, tanaman benih kelapa, dan tanaman kontan.
TUJUAN PENUBUHAN
Untuk Menyedia Dan Membekal Benih Getah Dan Sawit Yang Berkualiti Tinggi Kepada Pekebun Kecil Yang Menyertai Rancangan Tanam Semula RISDA
VISI
Menjadi Peneraju Dalam Bidang Semaian dan Landskap.
MISI
Mengeluarkan Produk Semaian dan Landskap Berkualiti Tinggi Dengan Tenaga Mahir Yang Profesional.
OBJEKTIF
- Melatih Tenaga Mahir Profesional
- Menghasilkan Produk Berkualiti
- Memaksimumkan Pengeluaran Dan Meminimumkan Kos

