RISDA Semaian adalah sebuah syarikat yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan CIDB dibawah kelas ‘G7’. Ianya mula berkecimpung dalam bidang landskap sejak tahun 1996 dimana kami merupakan antara kontraktor landskap yang terawal terbabit didalam pembangunan Putrajaya. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

  • Khidmat rekabentuk
  • Pembangunan & penyelenggaraan landskap 
  • Pindah alih pokok
  • Kerja-kerja sivil
  • Pusat jualan
  • Landskap dalaman
  • Hiasan pentas

RISDA Semaian mempunyai kakitangan professional didalam bidang perlandskapan seperti arkitek landskap, jurutera, pengurus tapak, hortikulturis dan pekerja mahir.