PENGENALAN

RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd. atau ringkasnya RISDA Semaian ditubuhkan pada 31 Julai 1979 dan dimiliki sepenuhnya oleh RISDA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). RISDA Semaian berstatus bumiputra mula ditubuhkan untuk menyedia dan membekalkan anak-anak benih getah dan sawit kepada pekebun kecil yang menyertai rancangan tanam semula RISDA.

Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan peluang perniagaan,RISDA Semaian telah menceburi bidang-bidang kerja pengurusan ladang, perlandskapan (merekabentuk, pembangunan & penyelenggaraan), kerja-kerja sivil, pembersihan (cleaning services) dan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.

TUJUAN PENUBUHAN

Untuk Menyedia Dan Membekal Benih Getah Dan Sawit Yang Berkualiti Tinggi Kepada Pekebun Kecil Yang Menyertai Rancangan Tanam Semula RISDA

VISI

Menjadi Peneraju Dalam Bidang Semaian dan Landskap.

MISI

Mengeluarkan Produk Semaian dan Landskap Berkualiti Tinggi Dengan Tenaga Mahir Yang Profesional.

OBJEKTIF

  • Melatih Tenaga Mahir Profesional
  • Menghasilkan Produk Berkualiti
  • Memaksimumkan Pengeluaran Dan Meminimumkan Kos