PENYELENGGARAAN LANDSKAP

RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd merupakan kontraktor bagi perkhidmatan bagi penyelenggaraan landskap berskala besar. Mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalam memberikan khidmat terbaik dalam penyelenggaraan landskap. Antara perkhidmatan dalam bidang ini adalah merangkumi kerja-kerja :

  1. Penyiraman
  2. Pemotongan rumput
  3. Pembajaan
  4. Kawalan serangga perosak dan penyakit
  5. Kawalan rumpai
  6. Pemangkasan
  7. Khidmat nasihat 


PURI BUANA GARDEN WEDDING

RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd juga ada menyediakan khidmat sewaan tempat bagi majlis perkahwinan atau keraian berkonsepkan taman. Kawasan Puri Buana ini boleh menempatkan seramai 400 orang tetamu dalam satu-satu masa bagi setiap majlis.

Kadar sewaan tempat bagi majlis perkahwinan :

BIL. PERKARA KADAR SEWAAN SIANG (RM)   KADAR SEWAAN MALAM (RM)
1 Orang Awam  5,000.00 8,000.00
2 Kakitangan RISDA/SMR 4,000.00 4,500.00
3 Ahli Lembaga Pengarah/Bekas Ahli Lembaga Pengarah/Pesara RISDA/Pesara SMR 4,000.00 4,500.00

* Kadar sewaan tidak termasuk 6% GST
*  Sewaan adalah termasuk kemudahan wakaf, kerusi, meja, sistem audio dan lain-lain kemudahan sedia ada di Puri Buana.


HIASAN PENTAS

Bagi majlis-majlis rasmi, RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd juga ada menyediakan khidmat hiasan pentas. Hiasan pentas yang disediakan adalah menggunakan bunga-bunga segar dan juga pokok hiasan berpasu yang mana dekorasi yang dibuat adalah berdasarkan kepada permintaan pelanggan.

Kadar harga bagi hiasan pentas bermula dari RM2,000.00 bergantung kepada saiz pentas dan permintaan pelanggan mengenai dekorasi pentas tersebut.
 

SEWAAN POKOK BERPASU 

Selain itu, RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd juga menyediakan khidmat sewaan dan penjagaan pokok berpasu dalam bangunan. Kadar sewaan secara bulanan bagi tempoh jangka masa panjang ini bermula dari RM30.00 sepokok bergantung kepada saiz dan spesis pokok, saiz dan jenis pasu serta tempoh sewaan.

Kadar harga tersebut adalah merangkumi khidmat penyelenggaraan pokok dan penggantian/pemulihan pokok. Penukaran pokok berpasu akan dibuat setiap 3 bulan bergantung kepada keadaan pokok atau sebagaimana syarat yang telah ditetapkan oleh pelanggan. 


HOME GARDENING 

Selain daripada penyelenggaraan landskap berskala besar, RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd juga menyediakan khidmat membina dan menyelenggara landskap berskala kecil bagi persekitaran kediaman. Kakitangan yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang landskap akan memberikan khidmat nasihat dan rekabentuk landskap yang bersesuaian untuk persekitaran rumah serta memantau dengan teliti semasa kerja-kerja pembinaan dan penanaman pokok dibuat.

Penyelenggaraan landskap rumah juga disediakan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan untuk memastikan persekitaran landskap rumah sentiasa berada dalam keadaan cantik dan kemas.